fbpx

Wanita berang, restoran jadi tempat bermain kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan kanak-kanak berlari dalam restoran.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa berang apabila suasana tenang ketika dia makan di sebuah restoran bertukar bingit disebabkan sekumpulan kanak-kanak yang berlari dan membuat bising.

Menerusi video yang dikongsi Suhaila di akaun TikTok miliknya memaparkan sekumpulan kanak-kanak berlari sekeliling kedai sehingga menganggu ketenteraman pelanggan di situ.

“Restoran dah jadi macam tadika dah,” katanya.

Suhaila menerusi ruangan kapsyen berkata, lebih menjengkelkan, keluarga kanak-kanak tersebut mengambil sikap tidak endah dengan kelakuan anak-anak mereka.

“Mak, ayah, atuk, nenek, semua ada tapi tengok saja. Kesianlah ‘customer’ lain nak makan,” ujarnya.

Tambahnya, dia menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengawal anak-anak di kawasan awam supaya tidak mengganggu ketenangan orang lain.

“Pengajaran buat diri sendiri dan ibu ayah yang datang bawa anak ramai tu kena pantaulah anak-anak jangan jadi macam ni.

“Kalau marah nanti kita juga yang bermasalah. Tapi kalau tak marahkan kesian pula dekat ‘customer’ lain,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai situasi ini.

“Betul, mak ayah kena kawal anak-anak. Buatnya terlanggar orang bawa makanan, tak ke haru,” kata Lis Miranda.

“Sebab tu aku tak suka makan luar, anak-anak masih kecil. Rela bungkus makan dekat rumah,” ujar Karipap Sardin.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 300,000 tontonan dan 4,304 tanda suka. –  KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI