fbpx

PM sahkan e-Tunai Belia Rahmah dibayar bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dalam sesi santai petang dan dialog bersama anak muda di Kolej Vokasional Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bayaran e-Tunai Belia Rahmah untuk golongan belia akan dibuat mulai bulan hadapan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pelajar tentang pembayaran bantuan tersebut pada program santai petang dan dialog bersama Perdana Menteri di Kolej Vokasional Langkawi, di sini hari ini.

Pelajar wanita terbabit mendakwa pembayaran bantuan tersebut lewat diberikan kerana mendapat maklumat daripada TikTok bahawa ia sepatutnya dibayar pada bulan lalu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan kemudian menjelaskan pembayaran e-Tunai akan dibuat mulai bulan depan.

“Kalau Menteri Kewangan kata betul lah tapi kalau TikTok kata tak betul lah, bagi Menteri Kewangan jawab.

“Ini bulan lima (Mei), bulan enam (Jun) kita bagi, insya-Allah,” katanya.

Kredit e-Tunai berjumlah RM200 akan disalurkan kepada seramai dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Februari lalu.

Jumlah tersebut meliputi peruntukan sebanyak RM400 juta yang disediakan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI