fbpx

PTPTN jalin kerjasama dengan Unimas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi,

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) hari ini telah melakar lembaran baharu setelah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menambah baik perkhidmatan untuk kebajikan pelajar.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, PTPTN yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited membudayakan agenda penabungan untuk perancangan kewangan rakyat Malaysia melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) di samping menyediakan pinjaman bagi tujuan pendidikan tinggi.

Katanya, MoU tersebut telah dimeterai oleh beliau dan Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi di Rumah Universiti, Unimas.

“Simpan SSPN merupakan instrumen simpanan yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada rakyat Malaysia.

“Hasrat PTPTN adalah untuk membantu ibu bapa dan pelajar agar mempunyai perancangan kewangan yang baik demi masa depan pendidikan agar tidak terbeban dengan hutang.

“Melalui perancangan kewangan, graduan tidak terlalu bergantung kepada pinjaman semata-mata sebaliknya menggunakan simpanan untuk menampung kos pengajian mereka,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Melalui MoU ini, PTPTN dan Unimas bersetuju untuk memastikan pembudayaan penabungan melalui Simpan SSPN, meningkatkan kefahaman dan kesedaran pelajar tentang bayaran balik pinjaman serta memperkasakan penyelidikan dan pembangunan untuk memasarkan produk Simpan SSPN.

“Kita bersetuju untuk bekerjasama merangkumi pelbagai skop antaranya adalah pembudayaan penabungan Simpan SSPN melalui pelbagai program dan penyaluran Biasiswa atau Bantuan Kewangan Pelajar yang disediakan Unimas melalui akaun Simpan SSPN Prime.

“Seterusnya, jaringan kerjasama di dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Unimas dan PTPTN di samping peluang mengadakan program Job Matching yang akan memberi manfaat buat graduan Unimas,” katanya.

Tambah beliau, ia adalah selaras dengan tujahan “Community-Driven University” Unimas berupaya menjadi kampus contoh budaya penabungan bijak dengan pelbagai program penyampaian informasi oleh PTPTN, yang dijangka dapat memberi manfaat buat komuniti pelajar universiti yang berjumlah hampir 16,500 orang.

Ujarnya, Unimas yang diwakili oleh Pusat Khidmat Pelajar, HEPA merupakan sebuah universiti di Malaysia yang sentiasa berusaha meningkatkan dan menguatkan program pembelajarannya dan telah mengambil banyak inisiatif dalam melengkapkan kecemerlangan pendidikannya.

“Dengan kemudahan penyelidikan dan pembelajaran, pengalaman, dan kumpulan pakar pelbagai bidang di kalangan kakitangannya, Unimas telah melaksanakan banyak kerjasama kolaboratif dengan pelbagai pihak dalam usahanya untuk meningkatkan pengisian penyelidikan dan mengukuhkan jaringan industrinya.

“Diharap dengan kerjasama ini dapat memberikan impak positif kepada PTPTN dan Unimas dalam memastikan para pelajar lebih cakna dan berpengetahuan mengenai perancangan kewangan melalui Simpan SSPN,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI