fbpx

Tobaki Pink Racing guna khidmat Qhuwarismi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Tobaki Pink Racing bakal menekan butang ‘reset’ menjelang perlumbaan Pusingan Ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang membuka tirai di Daerah Jasin, Melaka pada 27 hingga 28 Mei ini. Pemilik Pink Racing, Nur Atikah Azwar berkata, pasukannya akan turun dengan sedikit kelai­nan apabila menaikkan pangkat pelumba CP125, Qhuwarismi Nasir ke kelas perdana CP150. Atikah menegaskan, Qhuwa­rismi akan mengambil alih tempat Faris Amir Sharifudin selepas pelumba kelahiran Perak itu membuat keputusan melanjutkan pelajaran. “Oleh itu, pasukan sebulat ­suara membawa masuk Qhuwa­rismi dan ketika ini pasukan sedia menyediakan jentera terbaik untuk menghadapi perlumbaan di Jasin, Melaka nanti. “Meskipun ini adalah keputusan saat akhir tetapi pasukan tiada pilihan. Apa pun, saya meletakkan kepercayaan kepada Qhuwarismi untuk bersaing dalam kelas berbeza. “Dia juga mempunyai pengalaman beraksi dengan jentera CP150 dan saya yakin Qhuwa­rismi mampu cepat belajar untuk bersaing dengan pelumba berpengalaman lain,” katanya kepada Kosmo! semalam. Perubahan itu menyebabkan Pink Racing hanya menggunakan seorang pelumba dalam kelas CP125 iaitu Arfyq Hillman. Kosmo! merupakan salah satu penaja rasmi kepada pasukan ­Tobaki Pink Racing pada musim ini.

PASUKAN Tobaki Pink Racing bakal menekan butang ‘reset’ menjelang perlumbaan Pusingan Ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang membuka tirai di Daerah Jasin, Melaka pada 27 hingga 28 Mei ini.

Pemilik Pink Racing, Nur Atikah Azwar berkata, pasukannya akan turun dengan sedikit kelai­nan apabila menaikkan pangkat pelumba CP125, Qhuwarismi Nasir ke kelas perdana CP150.

Atikah menegaskan, Qhuwa­rismi akan mengambil alih tempat Faris Amir Sharifudin selepas pelumba kelahiran Perak itu membuat keputusan melanjutkan pelajaran.

“Oleh itu, pasukan sebulat ­suara membawa masuk Qhuwa­rismi dan ketika ini pasukan sedia menyediakan jentera terbaik untuk menghadapi perlumbaan di Jasin, Melaka nanti.

“Meskipun ini adalah keputusan saat akhir tetapi pasukan tiada pilihan. Apa pun, saya meletakkan kepercayaan kepada Qhuwarismi untuk bersaing dalam kelas berbeza.

“Dia juga mempunyai pengalaman beraksi dengan jentera CP150 dan saya yakin Qhuwa­rismi mampu cepat belajar untuk bersaing dengan pelumba berpengalaman lain,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Perubahan itu menyebabkan Pink Racing hanya menggunakan seorang pelumba dalam kelas CP125 iaitu Arfyq Hillman.

Kosmo! merupakan salah satu penaja rasmi kepada pasukan ­Tobaki Pink Racing pada musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI