fbpx

Wanita ditahan muat naik gambar tatu kalimah ‘Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita disyaki memuat naik gambar tatu kalimah ‘Allah’ ditahan di sekitar Gombak, Selangor, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, wanita tersebut yang mengendalikan akaun Facebook ‘Bunga Matahari’ memuat naik gambar tatu kalimah ‘Allah’ di badan seorang wanita Cina.

“Suspek berusia 46 tahun itu ditahan serta dirampas sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Noorsiah, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Tambah beliau, permohonan reman suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Justeru itu, orang ramai diingatkan agar tidak membuat hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan Institusi Diraja di mana-mana platform media sosial.

“Perkara tersebut mampu membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian kaum,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI