fbpx

Main kutu perlu ada akad, jauh amalan riba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDIVIDU yang bermain kutu perlu mengelakkan unsur riba. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Main kutu dibenarkan oleh agama selagi mana aktiviti tersebut jauh daripada amalan riba, kezaliman dan unsur-unsur yang haram.

Penceramah bebas, Ustaz Nabil Ahmad berkata, duit yang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah duitnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang. Apabila tiba gilirannya, maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya dengan segera disebabkan bayaran komitmen daripada semua ahli kumpulan.

“Pada pandangan syarak, ia dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah daripada semua ahli yang menyertai. Maka, setiap bulan semua ahli yang menyertainya akan membayar pinjaman yang mana duit pinjamannya itu akan kembali kepadanya apabila gilirannya tiba untuk mendapatkan jumlah yang disepakati tersebut.

“Sekiranya permainan kutu ini melibatkan pertambahan faedah dan keuntungan seperti dikenakan yuran untuk menyertai permainan ini, maka ia diharamkan.

“Telah disepakati sekiranya pemberi hutang memberikan syarat kepada peminjam dengan tambahan duit ataupun hadiah, maka ia dikategorikan riba,” katanya ketika dihubungi.

Ujarnya, adapun manfaat kepada peminjam, ia diharuskan, namun demi memastikannya ia terjamin dan bebas daripada kezaliman maka perlu dipastikan semua ahli yang menyertai ini adalah orang yang beramanah dan boleh dipercayai, dikenali dan membuat akad bertulis untuk ke­maslahatan semua.

Katanya, sebelum bersetuju bermain kutu, peserta perlu membuat perjanjian dan akad bertulis selain penganjur tidak boleh meletakkan sebarang yuran atau apa-apa keuntungan.

Kosmo! semalam melaporkan, generasi muda bermain kutu bagi membeli aksesori kereta, telefon bimbit, beg tangan berjenama dan barangan kemas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI