fbpx

Siti Syazwani perlu RM60,000 jalani pembedahan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Sahara (kiri) menunjukkan surat IJN berhubung pembedahan jantung anaknya, Wan Siti Syazwani (tengah) ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Sepasang suami isteri buntu untuk mengumpul wang berjumlah RM60,000 bagi membiayai kos pembedahan jantung anak pe­rempuan mereka yang berusia 12 tahun.

Siti Sahara Ismail, 44, berkata, Wan Siti Syazwani Wan Mohd. Faisal yang merupakan anak sulung perlu menjalani pembedahan bagi mengubati penyakit jantung berlubang dan injap jantung bocor yang dideritainya.

“Anak saya (Wan Siti Syazwani) yang merupakan orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran dilahirkan dengan masalah jantung berlubang.

“Injap jantungnya disahkan bocor sewaktu anak saya berusia sembilan tahun. Kami dimaklumkan bahawa pembedahan perlu dilakukan segera sewaktu menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Lawit di sini baru-baru ini.

Siti Sahara memberitahu, dia dan suaminya masih menunggu tarikh pembedahan tersebut.

Kos pembedahan kanak-kanak tersebut dianggarkan sebanyak RM60,000.

Menurut suri rumah itu, dia sekeluarga tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan memandangkan suaminya, Wan Mohd. Faisal Wan Yahya, 46, be­kerja sebagai pengawal ke­selamatan.

“Kami risau dengan tahap ke­sihatan Siti Syazwani kerana berat badannya semakin menyusut. Dia juga tidak boleh terlalu aktif. Sebagai ibu, saya amat berharap dia membesar dengan sihat se­perti kanak-kanak lain,” katanya.

Siti Sahara berkata, sejak dilahirkan, Wan Siti Syazwani kerap berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Tambahnya, Hospital Sulta­nah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan IJN di ibu negara bagaikan ‘rumah kedua’ buat anak sulungnya itu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian ­menerusi akaun Ambank atas nama Wan Mohd. Faisal yang bernombor 8881050648021 atau ­meng­hubungi talian 011-64292876.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI