fbpx

K2

Anggota kering semula semasa sedang mandi wajib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekiranya ketika mandi wajib terdapat anggota telah dibasuh yang sudah kering, tidak wajib untuk meratakan air semula.

BENARKAH jika ada anggota badan yang sudah dibasuh ketika mandi wajib menjadi kering sewaktu meratakan air pada anggota lain, wajib untuk diratakan air sekali lagi? Contoh saya sudah meratakan air di bahagian kepala tetapi sewaktu saya meratakan air di kaki saya dapati bahagian muka saya sudah kering. Adakah saya perlu meratakan air di bahagian muka saya sekali lagi? Adalah kelemumur yang banyak juga menghalang air daripada sampai ke kulit kepala?

Jawapan: Allah SWT memerintahkan hambaNya melaksanakan mandi wajib bagi sesiapa yang berhadas besar sebelum melakukan beberapa ibadah seperti mendirikan solat, tawaf, memegang mushaf al-Quran, beriktikaf di masjid dan seumpamanya.

Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.(Surah Al-Maidah ayat 6)

Para ulama telah menetapkan bahawa syarat fardu bagi mandi wajib ada tiga perkara, iaitu niat, menghilangkan najis terlebih dahulu sekiranya ada pada badan serta meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.

Jika dilihat kepada syarat fardu bagi mandi wajib, seseorang itu hanya perlu untuk menghilangkan najis di badannya sekiranya ada dan meratakan air ke seluruh tubuh badan dengan disertakan niat untuk mengangkat hadas.

Apabila seseorang itu telah melaksanakan segala syarat fardu mandi wajib dengan yakin, maka mandinya telah sah. Memadailah dengan sekali sahaja kita meratakan air ke seluruh anggota dengan yakin.

Tidak perlulah untuk mengulanginya lagi sekiranya didapati ada bahagian anggota yang telah kering kecuali jika berkeyakinan kawasan tersebut belum disampaikan air kepadanya. Ini kerana kaedah fiqh menyebutkan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan.

Bagi permasalahan yang kedua iaitu mengenai kelemumur, jika kelemumur tersebut sangat jelas seperti berkeping yang dapat menghalang air daripada kena kulit kepala, maka wajib bagi seseorang itu untuk membuangnya terlebih dahulu sebelum mandi wajib atau menggosok-gosok kulit kepala untuk menghilangkan kelemumur sehingga yakin air meratai seluruh bahagian kepala semasa mandi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI