fbpx

Kalimah Allah di Johor hanya untuk Islam – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah di negeri ini hanya boleh digunakan oleh masyarakat beragama Islam di negeri ini.

Titah baginda, penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.

“Di negeri Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.

“Negeri Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

“Namun enakmen itu berkecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam senikata Lagu Bangsa Johor,” titah baginda dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Titah baginda lagi, susulan keputusan pada 18 April lalu untuk menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 10 Mac 2021, Kerajaan Persekutuan perlu memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan-kesan keputusan itu.

Tegas Sultan Ibrahim, baginda tetap berpendirian bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat, terutamanya umat Islam, tidak akan dibenarkan di negeri Johor selari dengan kedudukan Islam di dalam Undang Undang Tubuh Negeri Johor 1895. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI