fbpx

Kes jenayah komersial di P. Pinang catat peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (kiri) ketika perhimpunan bulanan dan amanat Ketua Polis Pulau Pinang di IPK Pulau Pinang hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Bilangan kes jenayah komersial di Pulau Pinang yang dilaporkan sejak Januari hingga April tahun ini meningkat sebanyak 82.7 peratus iaitu membabitkan 628 kes.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, jumlah kerugian dalam tempoh sama juga meningkat iaitu membabitkan kerugian RM53 juta dengan 1,387 kes berbanding 759 kes dengan kerugian RM28 juta tahun lalu.

“Kebanyakkan mangsa ditipu melalui dalam talian dan antara kategori penipuan adalah telekomunikasi (phone scam), love scam, jenayah e-kewangan, jenayah e-dagang, pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.

“Antara faktor-faktor yang menyebabkan jenayah ini masih lagi berleluasa dan sukar untuk dikesan adalah scammer kerap mengubah modus operandi, menggunakan pendaftaran palsu perkhidmatan prabayar, penggunaan akaun keldai dan kekangan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan amanat Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kok Chin berkata, jumlah jenayah indeks yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga April tahun ini adalah sebanyak 1,087 kes, berbanding dalam tempoh yang sama pada 2022 iaitu sebanyak 1,211 kes.

“Ini menunjukkan penurunan sebanyak 124 kes bersamaan dengan 10.2 peratus. Dalam tempoh kajian tahun tersebut, jenayah kekerasan menunjukkan penurunan sebanyak 11.4 peratus manakala bagi semua kes di bawah kategori jenayah harta benda menunjukkan penurunan sebanyak 9.9 peratus,” katanya.

Beliau memberitahu, hasil penelitian dan kajian yang dibuat bagi tempoh itu mendapati, jenayah curi merupakan penyumbang utama jenayah indeks dengan 32.7 peratus, pecah rumah (20.6 peratus) dan curi motosikal (18.2 peratus). –  KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI