fbpx

PRN: Zahid perlu undur jika PH-BN ‘tersungkur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairil Nizam (kiri) dan Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Pas menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) gagal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penegasan itu dibuat susulan cabaran dikemukakan Ahmad Zahid terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggunakan PRN sebagai kayu ukur sokongan rakyat.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya memandang serius cabaran tersebut dan yakin kerajaan PH-BN akan dihukum rakyat dalam PRN kali ini.

Menurutnya, Pilihan Raya Umum ke-15 yang lepas membuktikan BN dan UMNO merekodkan keputusan terburuk yang hanya mempunyai 30 kerusi Parlimen sahaja.

“UMNO pula hanya tinggal 28 kerusi dan ini adalah pencapaian terburuk Presiden UMNO setakat ini.

“PAS yakin kemelut dalaman PH-BN selain kelemahan pentadbiran PMX (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang terlalu ketara akan dihukum rakyat dalam PRN ini.

“Andai PH-BN tersungkur, TPM (Ahmad Zahid) perlu berundur secara terhormat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut turut mendakwa ahli UMNO akan beralih arah memberikan sokongan kepada PN atas pelbagai isu yang menyakitkan rakyat.

“Disebabkan tunduknya UMNO kepada DAP, pastinya ahli UMNO akan mengalih sokongan kepada PN.

“Peralihan sokongan ini juga ditambah dengan perbalahan pembahagian kerusi antara UMNO dan DAP dibeberapa negeri hingga ramai ahli UMNO kini bertekad menentang UMNO secara terbuka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI