fbpx

Suami perlu lebih hargai detik bersama isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Anuar (kanan) bersama isterinya.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh bergelar suami menasihati orang ramai agar sentiasa menghargai keberadaan isteri ketika menjalani kehidupan bersama.

Menerusi akaun Facebook miliknya Khairul Anuar Basri meluahkan individu yang bergelar suami perlu meraikan setiap momen bersama isteri lebih-lebih lagi ketika menua bersama agar perasaan kasih sayang sentiasa berputik dan kekal.

“Bila umur dah cecah 40 tahun, saya sudah dapat merasa hendak lebih masa bersama isteri. Perasaan itu selalu datang membuak-buak,” katanya.

Tambahnya lagi, keadaan itu membuatkan dia tidak mahu berjauhan dengan isteri tercinta.

“Kalau boleh, ke mana sahaja hendak isteri temankan dan tak mahu dia berenggang walau sesaat. Berkepit sahaja macam belangkas,” katanya.

Menurut pemilik, keadaan itu kemungkinan berpunca daripada kesibukan yang dihadapi kedua-dua pihak yang menjarakkan kemesraan.

“Kalau sebelum ini masing-masing sibuk. Saya dengan kerja saya. Dia dengan kerja dia. Keluar rumah pagi-pagi, balik rumah sudah lewat petang. Malam-malam sudah penat. Tak ‘best’ lah hidup macam itu,” luahnya.

Pemilik mengaku perkara itu perlu dititikberatkan dan tidak boleh dipandang enteng oleh setiap individu yang bergelar suami.

“Rasa terganti masa yang sudah banyak berhutang sebelum ini. Yelah, sebagai suami kena fikir macam mana hendak ganti balik hak masa yang pernah kita cuaikan. Walaupun bukan sengaja, hak isteri tetap hak. tidak boleh ambil mudah.

“Masa sekarang ini mungkin kita ambil mudah. Kita tidak rasa sangat masa berdua dengan isteri itu penting dan perlu.

“Apabila isteri sudah tidak ada suatu hari, momen-momen berdua ini lah yang akan selalu berada di fikiran kita nanti,” luahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI