fbpx

Airbus sasar 100 peratus bahan api SAF menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Airbus A220 yang disewa daripada airBaltic ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk LIMA'23 di Langkawi pada semalam.

LANGKAWI – Syarikat pengeluar kapal terbang, Airbus menyasarkan semua pesawatnya untuk beroperasi dengan 100 peratus bahan api pesawat mampan (SAF) menjelang 2030.

Pengarah Pemasaran Pesawat Lorong Tunggalnya Airbus, Raymond Manougian, berkata, pesawat generasi terbaharu Airbus, A220 kini mampu beroperasi menggunakan sehingga 50 peratus SAF.

“Pesawat ini memberikan pengurangan sehingga 25 peratus dalam penggunaan bahan api dan pelepasan karbon jika dibandingkan dengan pesawat generasi sebelumnya yang bersaiz sama.

“Ini dapat mencapai matlamat industri untuk mengurangkan impak industri penerbangan terhadap alam sekitar,” katanya pada taklimat A220 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini semalam.

Airbus yang kini berada di sini sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) turut mempamerkan pesawat tersebut yang disewa Airbus daripada airBaltic.

Tambahnya, pesawat itu sebelum ini berada di Kuching sempena program anjuran kerajaan negeri Sarawak dan diterbangkan ke Langkawi dengan menggunakan bahan api khas.

“Campuran bahan api tersebut mengandungi 10 peratus SAF yang dibekalkan oleh pengeluar SAF Neste yang diadakan dengan kerjasama Petronas, Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC), Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia (NAICO), dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI