fbpx

Sabah tiada masalah atasi Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Sabah meraikan jaringan ketika tewaskan Perak 3-1 di Stadium Likas, sebentar tadi. - MFL

KOTA KINABALU – Sabah terus kebal di laman sendiri sepanjang aksi Liga Super musim ini selepas mengatasi Perak 3-1 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Kemenangan ini hadir tepat pada masanya buat Sabah yang dipalit kecewa seri 2-2 dengan Terengganu, Jumaat lalu manakala Perak berjaya menyerlahkan potensi sebenar apabila tampil lebih baik di separuh masa kedua.

Bagaimanapun, jaringan awal Sabah menerusi Darren Lok seawal minit keempat nyata beri kesan besar buat Perak dan tuan rumah jelas menjadi pasukan lebih baik untuk mendominasi permainan.

Minit ke-17, gawang pelawat sudah pun terbuka luas untuk Baddrol Bakhtiar menambah gol kedua Sabah sebaliknya tampanan dilakukan melambung tinggi.

Perak terus dihimpit masalah kesilapan pertahanan dan kesempatan itu berjaya dimanfaatkan oleh Sabah yang menambah dua lagi gol menerusi Park Tae-Su pada minit ke-32 dan Baddrol (minit ke-41).

Aksi separuh masa kedua bersambung agak positif buat Perak yang mula mempamerkan corak lebih berani dan minit ke-69, The Bos Gaurus hampir memperoleh gol pertama namun sepakan percuma Luciano Guaycoche sekadar singgah ke palang gol.

Hasilnya, minit ke-83, bekas pemain Sabah, Harith Naem Jaineh membalas kepercayaan Datuk Lim Teong Kim apabila meledak gol saguhati buat Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI