fbpx

Tat Meng jurulatih baharu Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Team LZJ mengesahkan pelantikan Wong Tat Meng sebagai pengarah kejurulatihan Team LZJ hari ini.

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai siapa jurulatih baharu perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terjawab selepas Team LZJ mengumumkan Wong Tat Meng sebagai pengarah kejurulatihan pasukan itu.

Perkara itu diumumkan sendiri Team LZJ di laman Twitternya sebentar tadi selepas bekas juara Asia tersebut bergerak secara solo ekoran penamatan kontrak bekas jurulatihnya, Indra Wijaya November tahun lalu.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Wong Tat Meng sebagai Pengarah kejurulatihan baharu pasukan LZJ. Beliau memiliki pengalaman cukup luas termasuk pernah melatih pasukan kebangsaan Malaysia, Indonesia, Scotland, Korea Selatan dan Hong Kong.

“Beliau akan mula bekerja dengan Lee Zii Jia sebaik sahaja proses perpindahan dari Hong Kong ke Malaysia diselesaikan. Tugas beliau adalah untuk merangka program bagi membantu Zii Jia mencapai prestasi konsisten dan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.

Untuk rekod, Tat Meng boleh dianggap sebagai ‘sifu’ dalam arena badminton dunia apabila pernah melatih dan melahirkan beberapa nama besar termasuk perseorangan wanita Korea Selatan, An Se-young.

Sementara itu, beliau juga pernah membimbing pemain Hong Kong, Ng Ka Long, Lee Cheuk Yiu dan Vincent Wong serta perseorangan wanita Scotland, Kirsty Gilmour. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI