fbpx

Jas Vision Sdn. Bhd. sumbang 51 set kerusi, meja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASNIZA (berdiri dua kiri) dan Abdul Elias (berdiri dua kanan) bersama guru Sekolah Kebangsaan Berapit, Tikam Batu melihat pelajar menikmati makanan pada waktu rehat di atas meja yang disumbangankan.

SUNGAI PETANI – Butik cermin mata, Jas Vision Sdn. Bhd. terus memperhebatkan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) apabila menyumbang 51 set kerusi dan meja batu kepada sekolah-sekolah di daerah Kuala Muda dan Baling, dekat sini.

Ia melibatkan 14 sekolah di daerah Kuala Muda dan 37 sekolah lagi di Baling.
Meja batu tersebut diletakkan di Laman Minda yang disediakan sekolah terbabit untuk kegunaan pelajar menerusi program Minda Sihat sama ada untuk sesi pem­belajaran, aktiviti kokurikulum atau menikmati makanan pada waktu rehat.

Jas Vision sebelum ini me­nyumbang ribuan cermin mata kepada pelajar dan masjid di negeri ini menerusi program Ge­robok Cermin Mata untuk membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan dapat membaca dengan sempurna.

Pemilik Jas Vision, Jasniza Jamal berkata, program tersebut telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu yang mana dan sebelum ini pihaknya lebih banyak tertumpu di sekolah luar bandar seperti di Baling.

“Kali ini kita turut memilih sekolah rendah di kawasan bandar seperti di daerah Kuala Muda untuk menerima sumbangan ini dengan harapan akan menambah minat pelajar untuk belajar dengan tenang di Laman Minda disediakan pihak sekolah.

“Malah pelajar juga boleh menggunakan sumbangan kita ini pada waktu rehat untuk menikmati makanan selain penggunaan ruang di kantin,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kata beliau, sebagai sebuah syarikat yang prihatin dengan kecemerlangan pendidikan di peringkat awal persekolahan, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sepanjang masa.

“Selain menyediakan perkhidmatan menjual cermin mata dan perkhidmatan merawat mata, syarikat kita juga akan membantu JPN dan sekolah serta pelajar menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik melalui pelbagai sumbangan pada masa depan.

Jas Vision milik Jasniza yang turut dibantu suaminya, Abdul Elias Zakaria telah beroperasi lebih 16 tahun dalam bidang optometri dan kini mempunyai dua butik cermin mata, masing-ma­sing di Baling yang dibuka pada 2007 dan sebuah lagi beroperasi di Taman Batik, Sungai Petani.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI