PETALING JAYA – Permainan kutu yang biasanya dimainkan oleh golongan wanita dan suri rumah kini semakin popular dalam kalangan generasi muda terutama mereka yang berkeinginan untuk mendapatkan barangan istimewa. Tidak seperti dahulu apabila duit kutu dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga, generasi masa kini lebih tertarik untuk membelanjakan wang hasil daripada permainan kutu untuk membeli aksesori kereta, telefon bimbit, beg tangan berjenama dan barangan kemas. Malah, ada sesetengah individu bergelar ‘ibu kutu’ atau ‘kepala kutu’ menjadikan media sosial sebagai platform untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya