fbpx

Polis buru ahli Geng 24 cicir pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUL Amar (tengah) menunjukkan pistol suspek yang ditemui pihaknya pada sidang akhbar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Klang, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Polis memburu seorang bekas ahli kongsi gelap Geng 24 Apache yang keciciran sepucuk pistol ketika bergaduh dengan jirannya di Taman Sentosa di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, lelaki berusia 31 tahun melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat daripada orang awam mengenai pergaduhan itu.

“Siasatan awal mendapati perselisihan faham berlaku antara suspek dan jirannnya berusia 31 tahun di hadapan sebuah rumah.

“Anggota yang tiba di lokasi kejadian menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson disyaki milik suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, hari ini.

Menurutnya, susulan itu pihaknya menyerbu rumah suspek di lokasi sama dan menemui enam butir peluru hidup.

Katanya, semakan polis mendapati, suspek memiliki empat rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah, pecah rumah, samun dan pecah kenderaan.

“Identiti suspek dikenali sebagai K. Parameswaran yang beralamat terakhir di Kampung Jawa, Klang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971,” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI