fbpx

Mira sedia jaga anak-anak View Chin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mira mengakui bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga anak-anak View Chin menerusi siaran langsung di TikToknya baru-baru ini

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Amirah Aqilah Firdaus atau lebih mesra disapa Mira mengakui sudah bersedia untuk menjaga anak-anak kepada kekasihnya, View Chin bersama bekas isterinya, Shermine Hau Ah Moi sekiranya mereka berkahwin kelak.

Pengakuan tersebut dibuat Mira menerusi siaran langsung di TikToknya baru-baru ini.

“Awak dah ready (sedia) kah nak jaga anak-anak Ah Moi,” tanya salah seorang pengikutnya pada sesi siaran langsung tersebut.

“Mestilah ready (sedia). Mira sudah bersedia dari awal,” balas Mira.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai adakah Mira sudah membuat permohonan maaf kepada Ah Moi, dia berkata, tidak semua perkara perlu dikongsikan di media sosial.

“Tak akan semua benda Mira nak cerita, Mira tak akan cerita semua hal peribadi kepada orang. Kerja adalah kerja, hal peribadi adalah hal peribadi,” jelasnya.

Terdahulu, kisah View Chin dan Mira menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas Hau Ah Moi mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua di aplikasi WhatsApp.

Wanita itu turut mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja tersebut dan menjadi punca kepada keretakkan rumah tangganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI