fbpx

Graduan perhotelan tolak kerja hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI graduan perhotelan hilang keyakinan terhadap kelangsungan industri itu selepas terkesan teruk akibat pandemik Covid-19. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

MELAKA – Majoriti golongan muda terutama graduan institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak berminat untuk bekerja dalam sektor perhotelan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH-Melaka Chapter), Huzaidy Adnan berkata, situasi itu menjadi antara punca industri berkenaan kekurangan tenaga kerja, khusunya di negeri ini sejak berakhirnya pandemik Covid-19.

Menurutnya, sebahagian besar ahli MAH-Melaka Chapter masih gagal mendapatkan pekerja, walaupun permintaan tempahan meningkat pada masa kini.

“Ramai anak muda dan graduan perhotelan tidak lagi yakin untuk bekerja di sektor ini sejak Covid-19 menyebabkan ramai pekerja diberhentikan dan hotel terpaksa ditutup akibat menanggung kerugian.

“Walaupun pandemik sudah berakhir dan sektor perhotelan mula berkembang, namun mereka masih sangsi untuk mengisi kekosongan tenaga kerja yang sedia ada, sebaliknya bekerja di bidang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Peluang Kerjaya Sektor Perhotelan Bersama Institusi Pendidikan Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Huzaidy, situasi itu bukan sahaja merugikan di peringkat negeri tetapi sektor perhotelan negara akan turut terkesan susulan krisis tenaga mahir yang semakin terhad.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemain industri perlu menganjurkan lebih banyak bengkel berkaitan potensi sektor dan peluang pekerjaan bagi meningkatkan semula keyakinan golongan terbabit.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA) Melaka, Norsalenawaty Mohammad Salleh berkata, sebahagian besar daripada 178 ahli mengakui, kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja khususnya di bahagian operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI