fbpx

EPL: City enggan ambil sikap sambil lewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUNDOGAN menganggap dua aksi terakhir EPL sangat penting untuk memastikan mereka berjaya mengekalkan momentum menjelang dua aksi final yang perlu dihadapi. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan menggesa rakan sepasukan supaya mengekalkan momentum biarpun sudah mengesahkan status sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Walaupun sudah menjulang kejuaraan, namun The Citizens masih memiliki baki dua perlawanan liga termasuk berkunjung ke Stadium Amex bagi pertemuan menentang Brighton awal pagi esok.

Meskipun dianggap sebagai aksi pelengkap jadual, namun Gundogan enggan pemain-pemain City mengambil mudah ke­rana mereka perlu mengekalkan rentak terbaik kerana akan bermain dalam dua perlawanan akhir, iaitu Piala FA dan Liga Juara-Juara.

“Kami perlu percaya dengan kekuatan sendiri. Saya masih ingat beberapa bulan lalu, kami berjaya dapatkan rentak terbaik dan ia berterusan sehingga kami mempertahankan gelaran Liga Perdana.

“Semua orang tahu kami tidak kalah dalam mana-mana perlawanan sejak beberapa ming­gu, jadi pemain-pemain perlu kekalkan standard seperti ini, tidak kira menentang pasukan mana sekali pun,” katanya.

Pemain Jerman itu menegaskan, dua aksi terakhir Liga Perdana sangat penting buat City kerana ia boleh dijadikan sebagai pemanas badan menjelang aksi final Piala FA dan Liga Juara-Juara yang berlangsung bulan depan.

“Kami ada dua perlawanan akhir yang sangat penting serta dua aksi terakhir liga. Saya yakin semua pemain akan pandang serius aksi liga kerana ia boleh membantu kami kekalkan momentum terbaik,” ujar Gundogan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI