fbpx

Malaysia sambut baik kebenaran ibadah umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan yang pertama dijemput oleh Raja Salman Abdulaziz Al-Saud untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi susulan dari Persidangan Al-Ula pada 5 Januari lalu.

PUTRAJAYA – Kerajaan menyambut baik keputusan Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini yang memberi kebenaran kepada jemaah luar negara mengerjakan ibadah umrah selama 10 hari.

Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan akhbar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hari ini.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau situasi Covid-19 khususnya di Malaysia dan pada masa yang sama meneliti dari semasa ke semasa prosedur operasi standard (SOP) ibadah umrah yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Kerajaan akan melakukan yang terbaik demi kepentingan rakyat Malaysia khususnya jemaah umrah yang bakal ke Tanah Suci kelak.

“Bagi kerajaan, keselamatan dan kesihatan jemaah umrah Malaysia menjadi keutamaan tertinggi,” katanya.

Kenyataan sama menyebut, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dalam usaha memastikan umat Islam di Malaysia turut dapat mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Pada masa sama, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga akan mendapatkan khidmat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mariah kita sama-sama doakan semoga segala usaha demi memastikan umat Islam di Malaysia dapat kembali ke Tanah Suci dipermudahkan oleh Allah SWT. Insya-Allah,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi menetapkan umat Islam dari luar Arab Saudi akan dibenarkan mengerjakan ibadah umrah bermula 1 November lalu.

Namun, mereka menetapkan 10 hari sebagai tempoh maksimum untuk jemaah asing tinggal di negara itu.

Selain itu, mereka turut menetapkan jemaah asing yang berusia antara 18 hingga 50 tahun sahaja dibenarkan mengerjakan ibadah umrah selepas mengumumkan permit kebenaran dibuka mulai 1 November lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI