fbpx

Mahkamah: Lelaki miliki 169 gambar, video lucah didenda RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Gara-gara memiliki 169 gambar dan video lucah dalam telefon bimbit, seorang pekerja penyelenggaraan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Amalina Basirah Md. Top menjatuhkan hukuman itu terhadap Mazlan Firdani Marzuki, 30, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya jumlah denda itu gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara selama tiga bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mazlan Firdani didakwa telah ada milikannya 92 kandungan gambar lucah dan 77 kandungan video lucah dalam telefon bimbit jenama Samsung Galaxy.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Indah, Taman Ampang Indah, di sini pukul 10.45 pagi pada 20 April 2022 yang didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Ernie Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan hukuman paling minima dengan alasan tertuduh merupakan bapa tiga anak dan merupakan penanggung utama keluarga.

“Anak-anak tertuduh berusia setahun hingga 14 tahun. Sepanjang siasatan dijalankan tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik selain memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama,” kata peguam itu.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Nur Nazhilah Mohammad Hashim dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI