fbpx

Mahkamah: Guru besar pecah amanah wang mesin layan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang guru besar didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah mesin layan diri berjumlah RM3,600 antara tahun 2017 hingga 2019.

Tertuduh, Roslan Zakaria, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Roslan yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah rendah di Klang didakwa pecah amanah keseluruhan RM3,600 untuk sewaan mesin layan diri dengan tidak mengkreditkan kesemua wang itu ke dalam akaun Kumpulan Sumbangan Wang Awam (SUWA) selepas diamanah oleh seorang lelaki yang sama.

Bapa kepada tiga anak itu yang menggunakan wang tersebut untuk dirinya melakukan perbuatan itu di sebuah cawangan bank di Bandar Baru Sungai Buloh antara 9 Mac 2017 hingga 10 Februari 2019.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irna Julieza Maaras mencadangkan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin selain syarat tambahan menyerahkan pasport dan melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM.

Tertuduh ketika ini bertugas untuk jawatan sama di sebuah sekolah yang lain juga di daerah Klang.

Roslan yang tidak diwakili peguam merayu ikat jamin dikurangkan kepada RM10,000 susulan menanggung tiga anak dengan pendapatan bersih RM3,000 sebulan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bersama penjamin selain membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Sebutan semula pada 5 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI