fbpx

Uncle Roger terima ‘padah’ kerana persenda China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun Weibo dan Bilibili milik Uncle Roger digantung di China. - Linda Blacker

LONDON – Akaun media sosial milik pelawak berasal dari Malaysia, Uncle Roger digantung oleh pihak berkuasa China selepas mempersendakan Beijing dan menjadikan isu Taiwan sebagai bahan jenaka, lapor akhbar The Guardian.

Uncle Roger atau nama sebenarnya Nigel Ng berkata, akaun Weibo dan Bilibili miliknya yang mempunyai kira-kira 400,000 pengikut, telah digantung kerana ‘melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan’.

Lelaki yang kini menetap di Britain itu percaya penggantungan tersebut disebabkan oleh satu klip video yang dimuat naik di laman Twitter beberapa hari lepas.

Klip video tersebut memaparkan promosi untuk pertunjukan seterusnya, dengan keterangan berbunyi: “Uncle Roger akan diharamkan”.

Dalam video berkenaan, dia menyoal seorang penonton yang berasal dari China sebelum memberi beberapa respons seolah-olah memberi bayangan bahawa Beijing melakukan pengintipan menerusi peranti teknologi.

Dia selepas itu menemu ramah seorang lagi penonton dari Taiwan sebelum menjadikan isu pulau tersebut sebagai bahan jenaka.

“Disebabkan beberapa sebab, klip video ini mendapat jumlah tontonan yang amat banyak sepanjang hujung minggu lalu. Saya tidak tahu kenapa,” kata Ng yang enggan memberi komen mengenai penggantungan tersebut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI