fbpx

Penghuni asrama warga Nepal positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Lebih 10 penghuni asrama kilang lelaki di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas ujian saringan kedua Covid-19 menunjukkan keputusan positif pagi tadi.

Kesemua pekerja warga Nepal itu antara 71 penghuni asrama lelaki yang telah menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Bayan Baru Sabtu lalu.

Sumber berkata, pekerja terbabit terlibat dengan kes Kluster Bayan apabila mereka dikatakan menjadi kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19 iaitu rakan sekerja.

“Mereka antara penghuni asrama kilang di Bayan Lepas yang sebelum ini diperintah menjalani kuarantin selama dua minggu mulai Isnin lalu

“Kesemua mereka telah dibawa ke HPP dengan ambulan pagi tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Selain warga Nepal, seramai 122 lagi pekerja wanita Indonesia yang tinggal berdekatan asrama lelaki tersebut turut dikuarantin.

Mereka terdiri 199 penghuni di 10 buah asrama di situ ialah pekerja di sebuah kilang pengeluar produk tenaga solar berkeupayaan tinggi yang terletak di Bayan Lepas.

Kilang berkenaan juga dikatakan telah menutup sementara operasi pengilangannya selama dua minggu mulai minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI