fbpx

Terkejut jumpa ular sawa batik dalam sawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap seekor ular sawa batik di Kampung Sungai Baru, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang pesawah terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik sepanjang dua meter dengan berat lebih 10 kilogram di kawasan sawah di Jalan Jilid 4, Kampung Sungai Baru, Pengkalan Bujang, Merbok di sini semalam.

Pesawah, Zakaria Zainol, 61, menyedari reptilia itu ketika sedang melakukan kerja-kerja meracun di kawasan batas sawah di kampung tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa tersebut pada pukul 2 petang.

“Sepasukan anggota APM diketuai Sarjan (PA) Y. Visvanathan bergegas ke kawasan sawah tersebut.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk menangkap ular sawa batik tersebut dan selesai pada pukul 2.40 petang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, reptilia berkenaan kemudian dibawa ke Rumah Haiwan APM untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI