fbpx

Asrama sekolah di Guyana terbakar, 20 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK yang terselamat dipindahkan ke hospital di Georgetown, Guyana. – AFP

GEORGETOWN, Guyana – Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dan sebilangan yang lain cedera dalam kebakaran asrama sebuah sekolah di Guyana, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

“Ini adalah bencana besar. Ia mengerikan, ia menyakitkan,” kata Presiden Guyana, Irfaan Ali malam semalam. 

Kebakaran itu berlaku di Sekolah Menengah Mahdia, tengah Guyana.

Ali berkata, beliau telah mengaturkan supaya semua kanak-kanak yang memerlukan rawatan diberi rawatan terbaik di dua hospital utama di ibu negara, Georgetown.

Beberapa pesawat tentera dan persendirian telah dihantar ke Mahdia yang terletak sekitar 200 kilometer ke selatan Georgetown. Rantau itu terjejas akibat hujan lebat.

Guyana yang merupakan bekas koloni Belanda dan Britain baru-baru ini menemui sumber minyak antara terbesar di dunia. Negara itu memiliki kira-kira 800,000 penduduk dengan mereka bertutur menggunakan bahasa Inggeris. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI