fbpx

10,000 kursus latihan kemahiran percuma ditawarkan NTW 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar.

PUTRAJAYA – Sebanyak 10,000 kursus secara percuma melibatkan 125,000 peserta dan 5,000 pengajar disasarkan menerusi penyertaan program National Training Week (NTW) 2023 bermula hari ini hingga 28 Mei depan.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, program kali pertama dianjurkan itu merupakan platform terbaik mendorong rakyat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan menerusi pelbagai kursus latihan kemahiran insaniah serta teknikal.

“Modal insan merupakan sumber penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang mantap dan berterusan.

“Sehubungan itu, Malaysia perlu mendorong tenaga kerja dan bakat tempatan untuk terus belajar dan berkembang bagi meningkatkan daya saing global dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Sivakumar menambah, peserta diharap dapat menyelesaikan lebih daripada 500,000 jam latihan secara kolektif dan penyedia latihan dapat menyampaikan nilai latihan lebih daripada RM250 juta.

“NTW 2023 adalah minggu latihan dan aktiviti di seluruh negara yang mengumpulkan organisasi serta individu dari pelbagai latar belakang dan industri untuk latihan dan pembangunan.

“Ini adalah program pertama kali dilaksanakan oleh individu dan organisasi tempatan kepada semua rakyat secara intensif dan berfokus kerjaya berteraskan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI