fbpx

Zii Jia umum jurulatih baharu beberapa minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Zii Jia akan melantik ketua jurulatih baharu bagi membantunya kembali mendapatkan prestasi terbaik dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia memerlukan masa beberapa minggu sahaja lagi sebelum mengumumkan ketua jurulatih baharu dalam usaha melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.

Bekas juara Asia dan Seluruh England (All England) itu berkata, pasukannya, Team Lee Zii Jia (LZJ) sudah memiliki nama beberapa calon, namun dia sekali lagi menegaskan untuk tidak mendedahkan identiti.

Dia berkata, proses rundingan dengan calon-calon tersebut masih giat dijalankan selain mengesahkan, Liew Daren akan mengekalkan tugasnya sebagai penolong jurulatih dan rakan sepelatih.

“Setakat ini, tak ada komen banyak tetapi kami masih dalam proses untuk mengadakan rundingan bersama calon-calon jurulatih. Saya harap dalam tempoh beberapa minggu lagi boleh umum nama jurulatih.

“Sama ada jurulatih itu dari dalam atau luar negara, saya tidak boleh berikan sebarang komen. Memang kami ada banyak nama tetapi saya tidak boleh dedahkan sama ada jurulatih itu masih aktif ataupun tidak,” katanya ketika ditemui pada sesi ujian gelanggang di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Sementara itu, Zii Jia juga menyatakan beberapa kriteria yang diperlukan sebelum membuat keputusan berhubung pelantikan jurulatih baharu bagi mengendalikan kejohanan serta program latihan.

“Kelayakan (Olimpik) sudah bermula, jadi saya harap jurulatih boleh beri nilai tambah kepada pasukan termasuk untuk perancangan kejohanan serta program latihan. Saya perlukan seseorang yang ada pengalaman,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI