LONDON – Pelawat yang mengunjungi sebuah galeri seni di London, Britain mengesan logo jenama kasut terkenal, Nike pada sekeping lukisan berusia 400 tahun, lapor akhbar Metro UK semalam.
‘Potret Frederick Sluysken’ itu dilukis oleh artis seni Belanda, Ferdinand Bol pada abad ke-17.
Lukisan budak lelaki yang didakwa memakai kasut Nike itu adalah mustahil memandangkan jenama tersebut hanya diasaskan pada 1963.
Logo pada kasut itu dikesan oleh Fiona Foskett, 57, ketika melawat Galeri Nasional bersama anak perempuannya, Holly yang berusia 23 tahun.
“Saya berkata kepada anak perempuan saya, ‘sekejap, adakah dia memakai sepasang kasut Nike?
“Melihat pada usia lukisan ini, dia pasti telah mendapatkan sepasang kasut Nike paling awal pernah dihasilkan. Atau adakah dia seorang pengembara masa?” kata Foskett.
Malangnya, lukisan itu tidak lagi dipamerkan di Galeri Nasional.
Jurucakap galeri itu sebelum ini berkata: “Kami gembira lukisan ini mendapat perhatian pelawat kami.
“Ia mencuri tumpuan apabila kami mengalihkan satu ciapan Twitter yang meminta orang ramai melihat ciri-ciri moden pada kasut budak lelaki berusia lapan tahun dalam potret itu.
“‘Potret Frederick Sluysken’ yang menggambarkan anak seorang peniaga wain digelar sebagai ‘salah satu potret terbaik kayra Bol’ oleh galeri ini,” katanya. – Agensi