fbpx

Pencuri menangis minta maaf ketika ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek pertama terduduk dan menangis meminta maaf selepas ditangkap oleh penduduk. – Tangkap layar Instagram

JAKARTA – Seorang pencuri menangis meminta maaf selepas ditangkap penduduk ketika cuba melarikan sebuah motosikal, lapor laman berita Detik kelmarin.

Berdasarkan  video yang dikongsikan di laman sosial, pelaku dibawa ke rumah salah seorang penduduk selepas ditangkap cuba mencuri motosikal dalam kejadian pada Jumaat lalu di Bogor, wilayah Jawa Barat.

Seorang lelaki turut dilihat cuba menendang suspek, namun sempat dileraikan oleh penduduk lain.

Suspek yang ketika itu sedang duduk cuba mengelak sambil menangis meminta maaf sebelum dibawa ke balai polis oleh penduduk. 

“Ampun, ya Allah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Parung, Komisioner Polis Sularso berkata, terdapat dua orang suspek terlibat dalam kejadian yang berlaku di sebuah kawasan bilik sewa itu.

“Kegiatan dua suspek itu disedari oleh penghuni kawasan berkenaan yang mendengar bunyi motosikal dihidupkan,” katanya.

Tambah Sularso, kedua-dua mereka kemudian cuba melarikan diri, namun salah seorang daripada mereka terjatuh sebelum ditangkap penduduk.

“Penduduk dapat menangkap seorang pelaku, manakala seorang lagi melarikan diri,” jelasnya sambil menambah, suspek pertama kini ditahan di balai polis dan suspek kedua masih diburu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI