fbpx

Semua acara sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Muhammad V

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan agar semua acara sambutan Perayaan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini dibatalkan berikutan kes jangkitan Covid-19 masih meningkat.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembatalan itu termasuk Istiadat Meletak Kerja, Istiadat Pemeriksaan Perbarisan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat, Surat Kepujian dan Pelantikan Jaksa Pendamai.

Katanya, baginda turut menzahirkan rasa dukacita kerana tidak dapat bersama-sama rakyat bagi menyambut Hari Keputeraan Sultan Muhammad V seperti tahun-tahun lepas.

“Bagaimanapun, baginda mengharapkan supaya semua rakyat agar sentiasa prihatin terhadap tanggungjawab dalam mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dan menurut segala prosedur operasi standard (SOP) bagi sama-sama membantu memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal dan diputuskan.

“Baginda sentiasa mendoakan ke hadrat Allah SWT supaya penularan Covid-19 ini dapat dikawal dan pulih kembali seperti sediakala,” katanya.

Beliau berkata, baginda mengharapkan seluruh rakyat sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT dalam menghadapi musibah.

Seluruh rakyat Kelantan akan meyambut ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V yang Ke-51 pada 11 dan 12 November ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI