fbpx

Kerajaan Sabah tampung kos tambahan bawa pulang jenazah Awang Iskandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan mengadakan perbincangan menerusi panggilan video berhubung status terkini mangsa ME2023.

PUTRAJAYA- Kerajaan Sabah memberi komitmen bahawa negeri itu akan membantu menampung kos tambahan diperlukan sekiranya ia diluar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah Allahyarham pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, komitmen itu dizahirkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor ketika perbincangan diadakan bersamanya.

“Ia bagi memastikan jenazah dikebumikan di kampung halaman di Papar, Sabah sebagaimana hasrat ahli keluarga. Begitu juga Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyalurkan sumbangan untuk tujuan menambah tanggungan kos pengurusan.

“Pada masa yang sama, mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini tadi.

Mengulas mengenai perkembangan terkini insiden ME2023, Armizan berkata, beliau telah berhubung bersama Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negara, Datuk Muhammad Ali Selamat dan Counsellor Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Mohd. Fazle Abu Hasan.

“Perbincangan berkisar tentang perkembangan terkini pengurusan membawa balik jenazah di mana saya dimaklumkan pasukan sherpa dijangka membawa turun mangsa dari Camp 4 ke Base Camp pada pukul 2 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Pihak kedutaan juga memaklumkan bahawa jenazah dijangka dibawa turun dari Base Camp ke Kathmandu pada keesokan hari apabila keadaan cuaca mengizinkan,” jelasnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, jenazah Awang Askandar, 56, sedang di bawa turun dari kem empat bermula 7 pagi waktu Nepal hari ini.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, berkata, proses menurunkan jenazah dikendalikan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung dan dilakukan secara bergilir-gilir sehingga ke kem dua.

Beliau berkata, sebelum dibawa turun, jenazah telah dibalut dan diikat terlebih dahulu pada pengusung bagi keselamatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI