fbpx

Gitar pecah mendiang Kurt Cobain dijual RM2.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gitar Fender Stratocaster yang dihancurkan oleh Cobain dipamerkan oleh Julien's Auctions di Gardena, California pada 2 Mei lalu. - AFP

WASHINGTON – Sebuah gitar yang dipecahkan oleh vokalis kumpulan rock Nirvana, mendiang Kurt Cobain dijual dalam acara lelongan pada harga AS$600,000 (RM2.7 juta), lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Terdahulu, gitar elektrik model Fender Stratocaster warna hitam itu dijangka dapat dijual satu persepuluh berbanding harga lelongan kelmarin di Hard Rock Cafe, New York.

Cobain yang membunuh diri pada 1994 terkenal dengan persembahannya yang dramatik.

Gitar itu dipecahkan ketika Nirvana mengusahakan album Nevermind pada 1990-an. Ia telah dibaiki semula tetapi tidak lagi boleh digunakan.

Alat muzik itu kemudian ditandatangani oleh tiga ahli kumpulan itu menggunakan pen marker berdakwat perak.

Ia juga tertulis pesanan kasih sayang daripada Cobain kepada rakan-rakannya dan seorang rakan kongsi muzik, Mark Lanegan yang meninggal dunia tahun lepas.

Perintis gaya muzik Grunge itu dilaporkan telah menghancurkan beberapa gitar elektrik model Fender Stratocaster semasa kerjayanya.

“Lelaki itu (Cobain) marah dan anda dapat merasakannya di atas pentas. Anda merasakan cara dia melayani alat muziknya,” kata Kody Frederick dari rumah lelongan Julien’s Auction kepada agensi berita AFP.

Fender Stratocaster pada awalnya ditawarkan pada harga AS$60,000 (RM272, 220) hingga AS$80,000 (RM362,960). Julien’s Auction menyifatkan bidaan akhir sebanyak AS$596,900 (RM2.7 juta) itu mengejutkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI