fbpx

Penduduk kecewa terima air karat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air karat yang diterima pengguna di Hutan Kampung, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Penduduk di daerah ini mengadu menerima bekalan air yang berkeladak dan berwarna hitam seperti air kopi sejak minggu lalu.

Rata-rata penduduk meluahkan rasa kecewa apabila kualiti air semakin teruk sejak kebelakangan ini.

Penduduk Hutan Kampung, Mohd. Zamri Hamid, 49, berkata, dia menyedari warna air bertukar keruh pada minggu lalu.

“Pada minggu lalu, ada notis gangguan bekalan air dikeluarkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan ia mungkin menjadi punca kepada kualiti air yang diterima pada hari tersebut.

“Walau bagaimanapun, saya sekeluarga terkejut apabila air yang keluar dari paip rumah pada semalam bertukar warna hitam seperti air kopi selama beberapa jam sedangkan tiada notis dikeluarkan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dia sekeluarga berasa loya melihat air berkeladak dan berwarna hitam tersebut.

“Walaupun kejadian air berkarat ini tidak berlaku sepanjang masa, namun kami sebagai pengguna bimbang akan tahap kebersihan dan keselamatan air yang dijadikan minuman selama ini,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna dari Taman Nuri, Nur Farahin Hashim, 35, berkata, dia menyedari bekalan air di rumahnya agak keruh sejak Jumaat lalu.

“Kualiti air semakin teruk pada semalam apabila pakaian berwarna putih yang saya rendam bertukar warna karat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI