fbpx

Lima tahun lif PPR Padang Hiliran rosak, kena tekan manual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk berada di dalam lif bagi membantu menekan lif secara manual di PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran di sini terpaksa menggunakan lif secara manual sejak lima tahun lalu apabila lima daripada sembilan lif di situ kerap kali rosak.

Masalah lif di perumahan itu umpama isu yang tidak berkesudahan apabila ia tidak dibaiki setelah ia sering rosak.

Seorang penduduk, Muhammad Hafiz Mohd. Sadi, 36, mendakwa, hanya satu lif yang boleh digunakan di blok B didudukinya.

“Satu lagi lif mengalami kerosakan sejak sekian lama, manakala satu lagi berfungsi secara manual iaitu butang lif ­hanya berfungsi dari dalam.

“Mujur ada beberapa kanak-kanak dan remaja sedia menjadi sukarelawan membantu penduduk menggunakan lif manual itu dengan menekan butang dari dalam,” dakwanya kepada ­Kosmo! di sini semalam.

Muhammad Hafiz mendakwa, penduduk dan sukarelawan ter­babit berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp bagi melancarkan urusan pergerakan lif manual terbabit.

Suhaida Saludin 43, pula mendakwa penggunaan lif ma­nual tersebut tetap mencetuskan kebimbangan tentang isu keselamatan sukarelawan dan penduduk terlibat.

Dakwanya, mereka sebenar­nya tiada pilihan kerana kerosakan lif yang kerap berlaku itu menyusahkan penduduk terutama pada waktu pagi sewaktu ramai mahu bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

“Sebahagian penduduk terma­suk saya lebih rela guna tangga berbanding tunggu lif yang tidak berfungsi dengan baik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI