fbpx

Ribut petir, angin kencang di lapan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA -Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kedah antara kawasan dijangka terlibat ialah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Pulau Pinang pula di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Terengganu antaranya Setiu, Kuala Nerus dan Kemaman.

“Johor pula melibatkan kawasan Segamat, Kluang dan Kota Tinggi. Sarawak antaranya Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Bintulu. Sabah antaranya Pedalaman, dan Pantai Barat,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI