PETALING JAYA- Seorang pengguna meluahkan rasa hairan bayaran bil elektrik rumahnya pada bulan ini berbeza dengan bayaran pada bulan-bulan sebelumnya.
Menerusi Facebook dia membuat perkongsian di status tentang jumlah bil elektrik yang perlu dibayar pada bulan itu.
“Bil elektrik rumah saya sudah jadi RM130 dari RM70 selalunya. Bil rumah awak pula berapa,” soal pemilik di status Facebook.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut menghadapi perkara sama yang dihadapi pemilik.
“Melambung tiga kali ganda min, biasanya RM80 hingga RM90 je,” komen Ayu.
“Sama lah, bil bulan ini naik mendadak, dari RM20 jadi RM109, aduh pening,” tambah Riniey.
“Iya, sama lah, hairan sungguh dari RM60 jadi RM250,” luah Aslin.
Namun ada yang membuat spekulasi bil elektrik meningkat disebabkan cuaca panas yang sedang melanda negara.
“Bil bulan ini kan raya dengan panas, memang naik. Cuba tengok bulan ini berapa unit kita pakai. Jika sama dengan bulan lepas tetapi bil melambung, mungkin ada sebab lain. Apa-apa pun sabar, kita tunggu cuaca kembali stabil,” komen King Taring.
“Sebab cuaca panas sangat agaknya, kita kadang tak sedar pakai lebih elektrik, tu yang jadi tinggi kena bayar,” komen Sal. -KOSMO! ONLINE