fbpx

Dua ulama Islam hadir Majlis Ilmu Madani 26 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Majlis Ilmu Madani yang dikongsikan melalui Facebook Anwar hari ini.

PUTRAJAYA – Orang ramai dijemput hadir bagi mengimarahkan Majlis Ilmu Madani yang bakal berlangsung pada 26 Mei ini di Masjid Putra di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui laman Facebooknya berkata, majlis berkenaan yang bermula pukul 6.30 petang itu turut menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu Mantan Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari dan Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa, Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.

“Semoga majlis ilmu seperti ini akan menambahkan barakah dan kefahaman dalam agama melalui perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh kedua ulama ulung ini.

“Orang ramai dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI