fbpx

Dewan Rakyat : Nombor siri pendaftaran FF berjaya kutip RM34.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kutipan bagi hasil bidaan secara dalam talian paling tinggi bagi nombor pendaftaran kenderaan siri FF, membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM34.3 juta jelas Menteri Pengankutan, Anthony Loke Siew Fook.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, siri pendaftaran tersebut juga merekodkan jumlah kutipan tertinggi bagi bidaan dalam talian yang pernah dianjurkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat ini.

“Siri FF amat diminati kerana trend yang dikenal pasti ialah orang ramai sangat meminati (nombor pendaftaran) yang abjadnya sama. Malah, siri FF ini amat diminati pemilik kenderaan Ferrari.

“Proses bidaan yang sepatutnya ditutup pada 18 Mei lalu juga terpaksa dipanjangkan selama 24 jam kerana terlalu ramai yang menaikkan jumlah bidaan pada saat akhir dengan keadaan itu menyebabkan sistem JPJeBid tergendala seketika,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu jelas beliau lagi, nombor pendaftaran FF turut mencatatkan jumlah pembidaan paling tinggi dalam sejarah iaitu membabitkan 34,032 orang dengan 8,348 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

Selain itu, katanya, lima nombor pendaftaran paling diminati ialah FF199 yang dibida 34 orang, manakala FF51 (32 pembida), diikuti FF155, FF555 dan FF168 yang masing-masing dibida 29 individu.

Terdahulu, FF8 adalah nombor pendaftaran paling tinggi dibida sebanyak RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999); FF3 (RM639,000); FF2 (RM638,000) dan FF7 (RM633,000).

Semalam Kosmo! turut melaporkan siri nombor FF9, FF99 dan FF999 telah dibida oleh seorang individu yang sama dan individu tersebut juga memenangi sesi bidaan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI