fbpx

Lelaki ditahan muat naik kandungan menghasut di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memuat naik hantaran di TikTok berkecenderungan menghasut di Kuala Muda, Kedah, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek berusia 51 tahun yang ditahan merupakan pemilik akaun TikTok ‘Cheartstudio’.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit serta sekeping sim kad milik pemilik akaun tersebut sewaktu ditahan.

“Suspek disyaki telah memuat naik hantaran berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Noorsiah, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Tambah beliau, permohonan reman suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan direman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Justeru itu, orang ramai diminta menghormati institusi kehakiman negara yang dirangka kewujudannya berpandukan perlembagaan persekutuan untuk menegakkan keadilan berlandaskan undang-undang,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI