fbpx

[KEMASKINI] Dua aras bangunan KWSP Petaling Jaya terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba dalam usaha memadamkan kebakaran bangunan KWSP Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Dua aras bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Jalan Gasing di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 10.39 pagi.

Katanya, sebanyak 11 jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Serdang, BBP Penchala, BBP Puchong, BBP Damansara BBP Pantai Dalam dan BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kebakaran di tingkat empat dan tingkat lima bangunan KWSP.

“Api berjaya dikawal pada pukul 11.08 pagi. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

Untuk rekod, KWSP Jalan Gasing ditutup selepas kejadian kebakaran pada Februari 2018.

Pejabat bersejarah setinggi enam tingkat ini yang dibina pada 1960 pernah berfungsi sebagai Ibu Pejabat KWSP selama 35 tahun sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sementara itu, KWSP dalam kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya memaklumkan bangunan tersebut tidak berpenghuni sewaktu kebakaran berlaku.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat kini berada di lokasi dan sedang mengawal kebakaran. Siasatan mengenai punca kebakaran akan dilakukan.

“Bangunan itu kini kosong serta tidak berpenghuni. Tiada kecederaan dilaporkan buat masa ini. Butiran lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI