fbpx

Cuaca buruk di lima negeri sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan beberapa negeri iaitu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak.

“Kedah antaranya di Langkawi, dan Kubang Pasu. Perak antaranya di Kerian, Bagan Datuk dan Manjung. Sarawak antaranya di Miri dan Limbang,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI