fbpx

Padah ekzos bising, 37 individu dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu dan motosikal yang ditahan polis dalam operasi itu di sekitar Tanjong Karang, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Tindakan 37 individu termasuk remaja bawah umur membuat bising dengan motosikal mereka mengundang padah apabila diberkas polis di sekitar pekan Tanjong Karang, di sini semalam.

Kesemua individu berusia 15 hingga 27 itu ditahan dalam Op Bersepadu Mat Rempit bersama 31 motosikal bermula kira-kira pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, operasi selama enam jam itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan bunyi bising pada waktu malam yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat.

Katanya, pemeriksaan mendapati semua individu itu melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, menunggang di bawah usia 16 tahun dan mengubah suai ekzos.

Selain itu, kesalahan turut melibatkan nombor plat, aksesori tidak lengkap dan tiada cukai jalan (LKM) serta perlindungan insurans dengan 110 saman mengikut peruntukan undang-undang telah dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI