fbpx

Misi Everest: Buat ‘post mortem’, elak insiden sama berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Salleh (tengah) bersama barisan pendaki ME2023 termasuk Allahyarham Awang Askandar (kanan) dan Muhammad Hawari (dua dari kiri) sebelum berlepas ke Nepal pada 2 April lalu.

PUTRAJAYA – Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) akan melakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti punca insiden menimpa dua pendaki mereka ketika misi menawan Gunung Everest, baru-baru ini.

Chef De Mission ME2023, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor berkata, post mortem itu akan dilakukan sebaik segala urusan membawa turun jenazah Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dan misi mencari Muhammad Hawari Hashim, 35, selesai.

Beliau berkata, post mortem itu akan dilakukan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta pihak lain yang terlibat dalam ekspedisi itu.

“Perkara itu penting bagi memastikan insiden sama tidak berulang pada masa depan dan aktiviti lasak ini dapat diteruskan oleh generasi muda negara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya,pihaknya masih terkejut dan merasa sedih dengan insiden menimpa dua pendaki ME2023 dan memberi jaminan untuk menyelesaikannya sebaik mungkin dengan segera.

Dr. Salleh berkata, aktiviti mendaki puncak tertinggi dunia itu sememangnya suatu aktiviti berimpak tinggi dan pendaki memerlukan disiplin yang tinggi serta tahap kesihatan yang baik sebelum menyertai misi.

“Kami ingin merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Awang Askandar dengan berita menyedihkan itu dan berharap mereka tabah dan sabar menunggu jenazah pulang ke kampung halaman di Sabah.

“Bagi ahli keluarga Muhammad Hawari pula, kami berharap mereka terus mendoakan keselamatan pendaki itu dan dapat dijumpai dengan selamat dalam masa terdekat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam(APM), Awang Askandar disahkan maut pada pagi Jumaat lalu. Muhammad Hawari pula hilang pada hari sama selepas berjaya menakluk puncak Everest pada Khamis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI