fbpx

Remaja 14 tahun rempuh pokok ketika belajar memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta itu terbalik selepas merempuh sebatang pokok. - Instagram

JAKARTA – Seorang remaja berusia 14 tahun di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya merempuh sebatang pokok lalu terbalik, lapor laman berita Suara.com.

Kemalangan itu berlaku ketika remaja tersebut cuba belajar memandu kereta Honda HR-V itu di Jalan Bulo Pakoto, daerah Pinrang pada Jumaat lalu.

Rakaman memaparkan keadaan kereta yang terbalik dan rosak teruk selepas merempuh sebatang pokok.

Penduduk yang menyaksikan kemalangan itu segera membantu mangsa dan rakannya untuk keluar dari kereta.

Menurut Ketua Unit Trafik Polis Pinrang, Agussalim Akibi, kemalangan itu berlaku apabila remaja tersebut gagal mengawal keretanya sebelum ia berpusing dan terbalik.

Mangsa dan rakannya hanya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pinrang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI