fbpx

Tawaran Kerajaan Perpaduan buat rakyat Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada Konvensyen Negeri 2023 Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah di Alor Setar, hari ini. - Foto oleh JAMLIAH ABDULLAH / KOSMO!

ALOR SETAR – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Kerajaan Perpaduan menawarkan untuk membangunkan tiga sektor utama di Kedah melibatkan pertanian, infrastruktur terutama bekalan air dan pendidikan termasuk pendidikan tahfiz.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu lebih lancar sekiranya kerajaan negeri selari dengan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

Katanya, kerajaan pusat bukan hanya akan memastikan Kedah kekal sebagai negeri Jelapang Padi, tetapi nasib petani juga akan terus dibantu bagi meningkatkan pendapatan mereka.

“Untuk rakyat negeri Kedah insya-Allah apabila kita dapat mengambil alih negeri ini kita akan memberi keutamaan dengan program yang sudah dirancang kerajaan pusat untuk dilaksanakan.

“Ini bukan hanya soal keterjaminan makanan dan menjadikan Kedah berterusan sebagai negeri Jelapang Padi, tetapi adalah keberhasilan produktiviti kepada usahawan-usahawan padi, keberhasilannya mesti dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Konvensyen Negeri 2023 anjuran Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, MADA sudah pasti akan mencari metodologi atau kaedah baharu bagi mempertingkatkan keberhasilan padi.

“Bantuan melalui pendekatan yang sama sebab pesawah padi harus dibela, bukan hanya dengan soal harga padi, tetapi soal baja dan lain-lain bantuan,” ujarnya.

Menjelaskan mengenai pendidikan maahad tahfiz, Ahmad Zahid berkata, pihaknya berazam untuk membantu pelajar maahad tahfiz di Kedah menguasai bidang teknikal dan vokasional (TVET) selain terus memperkukuhkan ilmu al-Quran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI