PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pahang (Rompin) serta Johor menjelang petang nanti.
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran tersebut dijangka berlaku di Rompin, Pahang manakala Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE