fbpx

Peniaga jujur, buang bahagian ayam tak boleh dimakan sebelum timbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerai peniaga tersebut yang dikongsi oleh seorang pembeli di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Setiap kali kita membeli ayam proses segar pastinya, peniaga akan menimbang dahulu ayam tersebut sebelum memotong kepada bahagian yang diminta pelanggan.

Bagaimanapun, lain pula cara yang dilakukan oleh seorang peniaga ayam di sebuah kawasan di Bukit Kayu Hitam, Kedah apabila dia memotong dahulu ayam tersebut sebelum menimbangnya.

Menariknya lagi, semasa proses memotong bahagian yang tidak boleh dimakan seperti isi dalam perut dan kepala telah dibuang dan pembeli hanya membayar bahagian yang boleh dimakan sahaja.

Kisah peniaga jujur itu tular di laman Facebook selepas ia dikongsi oleh seorang pembeli yang dikenali sebagai Arwan Aziz.

Menurut individu yang kini menetap di Changloon, Kedah, itu adalah kali pertama dia bertemu dan membeli ayam di kedai seorang peniaga yang jujur.

Jelasnya, apabila dia bertanyakan peniaga tersebut kenapa dia berbuat demikian, jawab peniaga itu dia mahu mencari keberkatan dalam berniaga.

“Bila aku tanya pakcik tu, jawapan dia memamg padu, dia ingin keberkatan dalam berniaga. Kepala ayam orang tak makan, isi dalam perut ayam, bahan-bahan yang belum dicerna orang tak ambik.

“Maka yang benar-benar terjual kepada pembeli adalah bahagian yang boleh dimakan. Semoga pakcik ni terus dimurahkan rezeki. Lokasi peniaga ayam ini Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memuji tindakan peniaga tersebut dan mendoakan agar perniagaannya semakin maju dan dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah, bila dia tahu keberkatan dalam rezeki itu penting untuk dijadikan darah daging buatnya dan keluarga untuk bekalannya di sana nanti. Semoga pak cik dimurahkan rezeki dan beroleh pahala di dunia dan akhirat,” tulis Rahadatul Rasyadah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohamad SMx.

“Apapun, kita doakan semua yang berniaga mendapat keberkatan. Tak kira la yang timbang jual ayam hidup, timbang lepas siap sembelih, timbang selepas siap potong atau jual lepas ayam siap goreng. Mudah-mudahan semuanya diberikan keberkatan dan dimurahkan rezeki dalam perniagaan,”doanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI